Pada 19 September 2022 ( Isnin), seramai 48 orang Pengawas Pusat Sumber Sekolah dengan diiringi 4 orang Guru Pusat Sumber telah mengadakan lawatan ke tiga tempat di Kota Kinabalu iaitu di Sabah Creative Economy Inovation Centre (SCENIC) di telipok, Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dan Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Tanjung Aru. Rombongan lawatan telah bertolak seawal 7.30 pagi dari SMK Kuala Penyu dengan menggunakan sebuah bas dan sebuah Van.
Detinasi pertama kami ialah Sabah Creative Economy Inovation Centre (SCENIC) yang terletak di KKIP, Telipok. Rombongan kami sampai pada jam 9.45 pagi dan disambut mesra oleh pasukan pegawai SCENIC yang diketuai oleh Puan viviantie Sarjuni. Kemudian, kami diberikan taklimat ringkas tentang peranan SCENIC dalam memacu industri kreatif dan teknologi Sabah. Selepas taklimat, kami dibawa melawat ke bilik animasi dan pameran rekacipta inovasi para pelajar politeknik KK. Ada banyak inovasi kreatif STEM yang dipamerkan di sini. Antaranya ialah jubin yang diperbuat dari bahan kitar semula plastik dan ' Robotic line sensing machine'.
Lawatan ke SCENIC Sabah
Pada jam 12.00 tengah hari, lawatan kami diteruskan pula ke Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah. Rombongan kami telah dibawa ke beberapa bahagian koleksi iaitu,; koleksi Aseana, koleksi Nobel Laureate dan Koleksi Perdana. Rombongan kami kemudiannya dibawa melawat ke pameran U Science. Di tapak pameran ini, terdapat banyak pameran inovasi kreatif STEM dan permainan STEM yang menarik minat para pengawas pusat sumber.
lawatan ke UMS
Lawatan ke Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Tanjung Aru
Lawatan kami berakhir pada jam 5.00 petang dan sampai ke Kuala Penyu pada jam 7.30 malam. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menerima rombangan lawatan kami. Kami pulang dengan membawa seribu kenangan yang indah.
No comments:
Post a Comment