Pertandingan keceriaan kelas bertemakan kemerdekaan telah dianjurkan oleh Pusat Sumber SMK Kuala Penyu bagi tujuan meningkatkan semangat kemerdekaan dan cintakan Negara di kalangan murid dan guru- guru. Kelas kelas diberikan tempoh menghias kelas masing masing sepanjang bulan Ogos sehingga 15 September. Penilaian kelas dijalankan pada 15 September 2022 dimana penilaian dibuat untuk dua kategori bagi kelas perdana iaitu menengah atas dan menengah rendah. Penilaian adalah berdasarkan beberapa aspek iaitu kreativiti, kepelbagaian bahan, keceriaan dan kebersihan serta wujudnya sudut merdeka yang menarik dan berinfomatif.
Berikut adalah pemenang bagi kelas perdana
Kategori Menengah Atas
JOHAN
kelas 4 Efektif
TEMPAT KETIGA
Kelas 5 Inovatif
Kelas Menengah Rendah
JOHAN
Kelas 3 Alfa
NAIB JOHAN
Kelas 3 Beta
TEMPAT KETIGA
Kelas 3 Gama
Tahniah kepada semua Pemenang dan juga semua kelas yang telah bertanding. Usaha dan semangat kemerdekaan yang ditunjukkan oleh semua murid dan guru guru melalui pertandingan ini amat dipuji.
No comments:
Post a Comment