Taklimat lawatan Pengawas Pusat Sumber SMK Kuala Penyu telah diadakan pada 12 September 2022 di pusat sumber sekolah. Seramai 5 orang guru pengiring dan 41 orang pengawas pusat sumber yang akan terlibat dalam lawatan ini. Taklimat ini bertujuan untuk memberi penerangan lengkap berkenaan dengan isu keselamatan, disiplin dan keperluan keperluan khas murid semasa lawatan. Lawatan akan diadakan pada 19 September 2022. Tempat-tempat yang akan dilawati ialah Makers Lab SCENIC, Perpustakaan UMS, Akuarium dan Muzium Marin UMS dan Petrosains Playsmart Perpustakaan Negeri
Sabah. Semoga lawatan ini dapat memberikan impak positif kepada pembelajaran murid.
No comments:
Post a Comment