Pusat sumber SMK Kuala Penyu telah mengadakan kempen menderma buku ke pusat sumber di kalangan Guru-guru dan individu luar bagi mengatasi kekurangan bahan bacaan di pusat sumber. Kempen bermula dari Bulan Ogos 2022 sehingga kini. Tempoh menerima derma buku ini tidak diberikan tarikh akhir. Guru-guru, murid-murid atau orang perorangan yang ingin menderma buku boleh berhubung dengan guru-guru pusat sumber pada bila-bila masa.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua guru-guru yang telah menyumbang buku-buku lama ke Pusat sumber. Sumbangan anda amat dihargai.
No comments:
Post a Comment