Pada 16 Januari 2023, Pusat Sumber SMK Kuala Penyu telah dilawati oleh kumpulan penilai Pusat Sumber dari Bahagian Zon Selatan bagi tujuan penilaian untuk Anugerah Pusat Sumber sekolah cemerlang peringkat Negeri bagi Tahun 2022. Seramai 5 orang penilai terlibat untuk membuat penilaian dari pelbagai aspek perkhidmatan pusat sumber sekolah. Perkongsian serta teguran dari para penilai pusat sumber ini dapat membantu pengurusan Pusat Sumber SMK Kuala Penyu untuk menambahbaik lagi pelbagai aspek perkhidmatan pusat sumber.
No comments:
Post a Comment