Friday, 7 October 2022

GOTONG ROYONG PUSAT SUMBER SEKOLAH KALI KEDUA BAGI TAHUN 2022

 Gotong royong pusat sumber sekolah buat kali kedua untuk tahun ini telah dijalankan pada 7 Oktober 2022 (Jumaat) bagi menyediakan pusat sumber sempena lawatan verikasi dari pihak PPD Kuala Penyu. Pihak PSS SMK Kuala Penyu mengucapkan terima kasih kepada pengawas Pusat Sumber kerana telah berkerja keras mengemaskini pusat sumber sekolah.



Sunday, 2 October 2022

PENYAMPAIAN HADIAH PEMENANG DAN SAGUHATI PESERTA PERTANDINGAN AKTIVITI BULAN KEMERDEKAAN 2022

Penyampaian hadiah pemenang dan saguhati peserta pertandingan aktiviti Bulan Kemerdekaan 2022 telah diadakan pada 26 September 2022 (Isnin) semasa perhimpunan rasmi mingguan sekolah. Tahniah kepada semua pemenang dan peserta pertandingan.




LAWATAN PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH 2022

 Pada 19 September 2022 ( Isnin), seramai 48 orang Pengawas Pusat Sumber Sekolah dengan diiringi 4 orang Guru Pusat Sumber telah mengadakan lawatan ke tiga tempat di Kota Kinabalu iaitu di Sabah  Creative Economy Inovation Centre (SCENIC) di telipok, Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dan Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Tanjung Aru.  Rombongan lawatan telah bertolak seawal 7.30 pagi dari SMK Kuala Penyu dengan menggunakan sebuah bas dan sebuah Van.


Detinasi pertama kami ialah Sabah Creative Economy Inovation Centre (SCENIC) yang terletak di KKIP, Telipok. Rombongan kami sampai pada jam 9.45 pagi dan disambut mesra oleh pasukan pegawai SCENIC yang diketuai oleh Puan viviantie Sarjuni. Kemudian, kami diberikan taklimat  ringkas tentang peranan SCENIC dalam memacu industri kreatif dan teknologi Sabah.  Selepas taklimat, kami dibawa melawat ke bilik animasi dan pameran rekacipta inovasi para pelajar politeknik KK. Ada banyak inovasi  kreatif  STEM yang  dipamerkan di sini. Antaranya ialah jubin yang diperbuat dari bahan kitar semula plastik dan ' Robotic line sensing machine'.

Lawatan ke SCENIC Sabah

Pada jam 12.00 tengah hari, lawatan kami diteruskan pula  ke Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah. Rombongan kami telah dibawa ke beberapa bahagian koleksi iaitu,; koleksi Aseana, koleksi Nobel Laureate dan Koleksi Perdana. Rombongan kami kemudiannya dibawa melawat ke pameran U Science. Di tapak pameran ini, terdapat banyak pameran inovasi kreatif STEM dan permainan STEM yang menarik minat para pengawas pusat sumber. 


lawatan ke UMS


Selepas makan tengah hari, lawatan kami diteruskan ke Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Tanjung Aru. Perpustakaan yang baru  dibuka pada 1 April 2019  ini mempunyai 5 tingkat. Rombongan telah dibawa melawat ke semua bahagian perpustakaan. Tingkat 1 adalah ruangan untuk  kanak-kanak, Tingkat 2 ruangan bacaan dan peminjaman untuk remaja, Tingkat 3 dan 4 ialah ruangan bacaan dan peminjaman untuk dewasa, Tingkat 5 pula adalah ruang pelbagai guna. Setiap ruang dihias dengan menarik, terutamanya bahagian ruangan kanak-kanak. Di ruang remaja pula terdapat satu bilik khas iaitu " Jamming room"  di mana bilik ini boleh digunakan untuk latihan ' music band'  secara sewaan.



Lawatan ke Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Tanjung Aru

Lawatan kami berakhir pada jam 5.00 petang dan sampai ke Kuala Penyu pada jam 7.30 malam. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak  yang telah menerima rombangan lawatan kami. Kami pulang dengan membawa seribu kenangan yang indah.




Sunday, 25 September 2022

PERTANDINGAN PENGKARYA MUDA BERTEMAKAN KEMERDEKAAN SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

 Pertandingan pengkarya muda anjuran PSS SMK Kuala Penyu telah diadakan sepanjang bulan September untuk kategori terbuka. Peserta diberikan masa selama 3 minggu untuk menghasilkan karya berbentuk cerpen. Cerita pendek yang dihasilkan haruslah berkisarkan tema kemerdekaan. Karya cerpen peserta telah dinilai oleh  Puan Noriati Yahya, Penolong Kanan Tingkatan  6 yang juga merupakan seorang guru sastera yang berpengalaman. Berikut adalah  pemenang bagi pertandingan ini;

JOHAN   

FAYYDELIA BINTI FELIX

NAIB JOHAN

JASNITA BINTI ALBERT

TEMPAT KETIGA

MARTINI BINSAN

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.


PERTANDINGAN MELUKIS POSTER KEMERDEKAAN

 Pertandingan melukis poster kemerdekaan adalah salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah SMK Kuala Penyu sempena Bulan Kemerdekaan. Pertandingan dibahagikan kepada dua katgori iaitu menengah rendah dan atas. Poster yang disediakan perlu berdasarkan Tema Hari Kebangsaan pada tahun ini iaitu; ' Keluarga Malaysia Teguh Bersama' . Peserta diberikan masa dua minggu untuk menyelesaikan poster masing masing. Berikut adalah keputusan pertandingan poster;

MENENGAH RENDAH

JOHAN

NOR AZWANIE

NAIB JOHAN
MICHELLE EVELYNNE BETHNIE

TEMPAT KETIGA
EVYONIE ESOP

MENENGAH ATAS

JOHAN
IZZA SHAMIEZZAH BINTI MOHD ALI YUSUF

NAIB JOHAN
FENNYDELLYA SISCA FRANCESS

TEMPAT KETIGA

JEANNETTE IRISH OPIN

Tahniah kepada semua pemenang.





PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS BERTEMAKAN KEMERDEKAAN KATEGORI TINGKATAN 6

Penilaian Pertandingan Keceriaan kelas bertemakan kemerdekaan telah dijalankan pada 15 September 2022. Berikut adalah  keputusan bagi Pertandingan keceriaan kelas bertemakan kemerdekaan kategori  Tingkatan 6.

JOHAN

Kelas Tun Mahathir Mohamamad (TMM)


NAIB JOHAN

 
Kelas Tun Hussein Onn (THO)

TEMPAT KETIGA
Kelas Tunku Abdul Rahman(TAR)

Tahniah kepada semua kelas yang menang dan juga terima kasih kepada kelas yang menyertai. 

Wednesday, 14 September 2022

PERTANDINGAN QUILLING MERDEKA TAHUN 2022


Pertandingan Quiling Merdeka anjuran Pusat Sumber SMK Kuala Penyu telah dijalankan pada 14 September 2022 di pusat sumber. Qulling merupakan seni menggulung kertas dan hasil gulungan kertas itu kemudiannya dirangkai sedemikian rupa sehingga menghasilkan bentuk huruf- huruf,' M, E, R, D, E, K, A yang menarik.  Pertandingan ini dijalankan melalui dua kategori iaitu menengah atas dan menengah rendah.

Penilaian hasil quiling adalah berdasarkan kekreatifan, kekemasan dan kecantikan huruf yang dihasilkan.

 Berikut adalah pemenang pertandingan Quilling Merdeka;

Kategori Menengah Atas

JOHAN

kumpulan D
Jaslina Olivia Jane Juksin 
Nelly Jane Justin
Emelda Jasli

NAIB JOHAN

Kumpulan E

Daniela Ameera Sulaiman
Artiqah  binti Guattih


TEMPAT KETIGA


Kumpulan R 

Akmatul Natrah Binti Abdul Kadir
Ayu Farshahah Binti Jilasip
Hani Safiah Binti Roslan
Nor Asrin Binti Ical


Kategori Menengah Rendah

JOHAN

Kumpulan K

Nordianan Batrisyia Binti Sudit
Norleeyani Binti Sabti
Nur Aliya Nadira
Nur Naziha Syuhada Binti Rahim

NAIB JOHAN

Kumpulan A

Farahdyana Khaliesya Binti Abdullah
Nur Aria Nathira Binti Roslin
Qaisara Dania Binti Adnan
Nur Fatihah Maisara Binti Abdullah

TEMPAT KETIGA

Kumpulan M

Erma Syahira Binti Jamal
Suhaini Binti Suddin
Nur Ariyantie
Nurul Syakilah

Tahniah kepada semua pemenang.



PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS BERTEMAKAN KEMERDEKAAN KELAS PERDANA 2022

 



Pertandingan keceriaan kelas bertemakan kemerdekaan telah dianjurkan oleh Pusat Sumber SMK Kuala Penyu bagi tujuan meningkatkan semangat kemerdekaan dan cintakan Negara di kalangan murid dan guru- guru.  Kelas kelas diberikan tempoh menghias kelas masing masing sepanjang bulan Ogos sehingga 15 September. Penilaian kelas dijalankan pada 15 September 2022 dimana penilaian dibuat untuk dua kategori bagi kelas perdana iaitu menengah atas dan menengah rendah. Penilaian adalah berdasarkan beberapa aspek iaitu kreativiti, kepelbagaian bahan, keceriaan dan kebersihan serta wujudnya sudut merdeka yang menarik dan berinfomatif.

Berikut adalah pemenang bagi kelas perdana

Kategori Menengah Atas

JOHAN
                                                                        Kelas 4 Inovatif


                                                                        NAIB JOHAN
kelas 4 Efektif

TEMPAT KETIGA

Kelas 5 Inovatif

Kelas Menengah Rendah

JOHAN

Kelas 3 Alfa

NAIB JOHAN

Kelas 3 Beta

TEMPAT KETIGA


Kelas 3 Gama

Tahniah kepada semua Pemenang dan juga semua kelas yang telah bertanding. Usaha dan semangat kemerdekaan yang  ditunjukkan oleh semua murid dan guru guru melalui pertandingan ini amat dipuji. 






PERTANDINGAN KUIZ KEMERDEKAAN TAHUN 2022

 



 Pertandingan Kuiz kemerdekaan anjuran Pusat Sumber Sekolah telah diadakan pada 1 Sept 2022 di Pusat Sumber Sekolah. Jumlah penyertaan menengah atas 8 orang, menengah rendah 9 orang.

Pemenang-pemenang mengikut kategori adalah seperti berikut:

Menengah atas
1. Mohd dinie sufian 5 ino
2. Nilcter Vincent 4 ino
3. Jenyce shirlet 4 ino 
3. Jerry kaywill 4 ino

Menengah rendah
1.ellvye shirley mercis 3 gama
2.jennifer Amanda jimri 1 Alfa
3. Avey Marivale chin 1 Alfa
3.felvianney jimis 1 alfa

Tahniah kepada semua pememang.





Monday, 12 September 2022

TAKLIMAT LAWATAN PENGAWAS PUSAT SUMBER 2022

 


Taklimat lawatan Pengawas Pusat Sumber SMK Kuala Penyu telah diadakan pada 12 September 2022 di pusat sumber sekolah. Seramai  5 orang guru pengiring dan 41 orang pengawas pusat sumber yang akan terlibat dalam lawatan ini. Taklimat ini bertujuan untuk memberi penerangan lengkap berkenaan dengan isu keselamatan, disiplin dan keperluan keperluan khas murid semasa lawatan. Lawatan akan diadakan pada 19 September 2022. Tempat-tempat yang akan dilawati ialah Makers Lab SCENIC, Perpustakaan UMS, Akuarium dan Muzium Marin UMS dan Petrosains Playsmart Perpustakaan Negeri  Sabah. Semoga lawatan ini dapat memberikan impak positif kepada pembelajaran murid.  

Sunday, 11 September 2022

AKTIVITI BULAN KEMERDEKAAN Tahun 2022

 


Sempena Bulan Kemerdekaan Tahun 2022, Pusat Sumber Sekolah SMK Kuala Penyu menganjurkan beberapa aktiviti bagi meningkatkan kesedaran murid tentang semangat kemerdekaan Negara Malaysia.

Berikut adalah iklan bagi aktiviti-aktiviti yang sedang dijalankan sepanjang bulan September 2022

1. Kuiz Kemerdekaan


2. Pertandingan keceriaan kelas bertemakan kemerdekaan

3. Pertandingan Quilling

4. Pertandingan Pengkarya Muda

5. Pertandingan Mencipta Poster


Semua murid dialu-alukan untuk menyertai mana-mana pertandingan yang dianjurkan oleh Pihak Pusat Sumber Sekolah. 




TAKLIMAT TALESEMIA

 


Taklimat tentang penyakit talesemia di kalangan murid Tingkatan 4 SMK Kuala Penyu dijalankan pada 13 Julai 2022 di Pusat Sumber Sekolah. Taklimat ini dijalankan oleh pihak  Hospital Kuala Penyu sebagai salah satu aktiviti program saringan Talesemia di kalangan murid sekolah menengah.

Monday, 11 July 2022

BENGKEL PEMPROSESAN BUKU BARU

Bengkel Pemprosesan buku baru di kalangan Pengawas Pusat Sumber Sekolah telah di adakan pada 7 Julai 2022. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pengawas kaedah menyediakan poket dan kad buku buku baru. Terima kasih atas komitmen daripada peserta bengkel.




Wednesday, 6 July 2022

VERIFIKASI PSS 5 BINTANG DAERAH KUALA PENYU 2022

 Dua orang Guru Perpustakaan Media (GPM)  dari  SMK St Peter Bundu dan SK Menunggang telah menjalankan verifikasi PSS  berdasarkan Rubrik PSS 5 bintang di PSS SMK Kuala Penyu  pada 28 Jun 2022 .  Verifikasi ini bertujuan untuk  melatih semua  GPM di Daerah Kuala Penyu ini agar dapat memahami serta melaksanakan peningkatan kualiti PSS ke arah 5 Bintang berpandukan Rubrik PSS 5 bintang yang terkini. Pihak PSS SMK Kuala penyu mengucapkan ribuan terima kasih  kepada GPM yang hadir untuk membantu verifikasi ini.




Sunday, 26 June 2022

GOTONG ROYONG PUSAT SUMBER

 


Gotong royong telah diadakan pada 27 Jun 2022 bagi mengemaskini dan membersihkan Pusat Sumber Sekolah untuk persediaan Penilaian Pusat Sumber Peringkat Daerah Tahun 2022. Terima Kasih diucapkan kepada pelajar Tingkatan 6 TAR atas kerjasama membantu di dalam Program Gotong Royong PSS.

Monday, 23 May 2022

PERTANDINGAN BICARA BUKU PERINGKAT DAERAH KUALA PENYU TAHUN 2022

 Pertandingan Bicara Buku Peringkat Daerah Kuala Penyu telah diadakan pada 19Mei 2022. Pelajar SMK Kuala Penyu , Nur  Syafiqah  Syairah BT. Angga dari kelas 5 inovatif  telah menyertai pertandingan ini bagi Kategori Bahasa Melayu. Pertandingan dijalankan secara tidak bersemuka melalui bahan multimedia.

Nur  Syafiqah  Syairah BT. Angga telah mendapat Johan dalam kategori BM dan akan mewakili daerah kuala penyu ke Pertandingan Bicara Buku peringkat Negeri pada 27 Mei 2022 mewakili daerah Kuala Penyu.


 

PROGRAM KEMPEN GALAKAN MEMBACA 2022

Program Kempen Galakan Membaca telah dijalankan sepanjang tempoh dari Tarikh 21 April hingga 15 Mei 2022. Banyak aktiviti dan pertandingan yang telah disertai oleh ramai murid.




Pertandingan yang dijalankan dan senarai pemenang adalah seperti berikut:

1.  Pertandingan Mencari Perkataan (Kategori terbuka)

JASLINA OLIVIA JANE (5 INOVATIF) - JOHAN

SHUZIELYE KASLI (5 EFEKTIF) - NAIB JOHAN

NUR SYAFIQAH SYAIRAH (5 INOVATIF) - TEMPAT KETIGA


2. Pertandingan Teka Silang Kata (Kategori terbuka)

SUZIANA SAILIN (5 INOVATIF)- JOHAN

NURUL AIQA JEFRIN (3 GAMA)- NAIB JOHAN

ELLVYE SHIRLEY MERCIS (3GAMA)- TEMPAT KETIGA


3. Pertandingan Sudoku (Kategori Terbuka)

NURFATIN NABILAH BINTI MOHD YUSSOF (5NOVATIF) - JOHAN

NURFATIN NABILAH BINTI MOHD YUSSOF (5INVATF) -NAIB JOHAN

NORLEEYANI BINTI SABTI (3BETA)- TEMPAT KETIGA


4.  Pertandingan Membina Perkataan Bahasa Melayu (Kategori Terbuka)

BYLYNDA HAZEL BALJIT SINGH (6TRH) - JOHAN

ELLVYE SHIRLEY (3GAMA) - NAIB JOHAN

NILCTER VINCENT (4INOVATIF)- TEMPAT KETIGA


5. Finding words (Kategori Terbuka)

ELLCYCE SHERLYN (1GAMA) - JOHAN

EMILDA ELLIL (6 TRH) - NAIB JOHAN

NUR LIYANA POH LEE (6TRH) - TEMPAT KETIGA


6.  Kuiz pengetahuan am ( Kategori Terbuka)

ANDERSON ALFREY (4EEFEKTIF) - JOHAN

AIDA SYAFIYAH SYAMSUL(3ALFA) - NAIB JOHAN

NORTASYAMALYA MALBIN(3ALFA) - TEMPAT KETIGA


7. Word Scramble Game ( kategori terbuka)

BYLYNDA HAZEL BALJIT SINGH (6TRH) - JOHAN

ESTHER JOHEBED MUSILIM (TRH) - NAIB JOHAN

NURFATIN NABILAH MOHD YUSSOF (5INOVATIF) - TEMPAT KETIGA


8.  Reka cipta Bahan Terbuang 

Kategori Menengah Rendah

RIECHELLA MAE BETHANIE (1ALFA)- JOHAN

MICHELLE EVELYNNE BETHNIE (3GAMA)- NAIB JOHAN

BRENDA BENJAMIN (1ALFA)- TEMPAT KETIGA

Kategori Menengah atas

DELVHFEFEYANA BINTI JEPPLY (TRH) - JOHAN

BYLYNDA HAZEL BALJIT SINGH (6TRH) - NAIB JOHAN

NATIRA SUKIMAN (5I)- TEMPAT KETIGA


9.  Mencipta Poster

Kategori Menengah Rendah

MICHELLE EVELYNNE BETHNIE(3GAMA)-JOHAN

THERISAH JOSEPH (3GAMA)- NAIB JOHAN

ESTHER TIFFANYLEE (3ALFA)- TEMPAT KETIGA

kategori Menengah atas

NICHOLAS PORIDO(5EFEKTIF)- JOHAN

BYLYNDA HAZEL BALJIT(6TRH) - NAIB JOHAN

IZZA SHAMIEZZAH (5EFEKTIF) - TEMPAT KETIGA


10. Pertandingan Menulis esei (BM)

Kategori Menengah Rendah

STEPHANIE (3ALFA)- JOHAN

ESTHER TIFFANLYEE(3ALFA)-NAIB JOHAN

MICHELLE EVELYNNE(3GAMA)- TEMPAT KETIGA

kategori Menengah atas

NUR ATHIRA BINTI JARITO (5INOVATIF)- JOHAN

SUZIANA (5INOVATIF)- NAIB JOHAN

NURFATIN NABILAH MOHD YUSSOF (5INOVATIF)- TEMPAT KETIGA


11. Pertandingan Menulis esei (BI)

Kategori Menengah Rendah

AIDA (3ALFA) - JOHAN

ESTHER TIFFANLYEE(3ALFA)- NAIB JOHAN

THERISAH JOSEPH (3GAMA)- TEMPAT KETIGA

Kategori Menengah Atas

SUZIANA (5INOVATIF)-JOHAN

BYLYNDA HAZEL BALJIT(6TRH) - NAIB JOHAN

NUR ATHIRA BINTI JARITO (5INOVATIF)- TEMPAT KETIGA


12. Pertandingan Buku Skrap (Kategori Terbuka)

MICHELLE EVELYNNE(3GAMA)- JOHAN

ESTHER TIFFANLYEE(3ALFA)- NAIB JOHAN











PENYAMPAIAN HADIAH KEMPEN GALAKAN MEMBACA 2023

Penyampaian hadiah sempena kempen Galakan Membaca 2023 telah dijalankan pada 24 Julai 2023. Berikut adalah pemenang pertandingan yang telah ...